Ads

Ads

Monday, December 17, 2012

Drama Setia Hujung Nyawa


Sinopsis

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada 24 Disember 2012.

Nely sebagai pelakon utama (Ersalina Imani)



Raja Ema sebagai Haliza


Friday, December 14, 2012

Biodata Emma Maembong


Biodata Emma Maembong

Nama penuh: Fatimah Rohani bt Ismail
Nama komersial:  Emma Maembong
Tarikh lahir: 27 Mac 1992
Karier: Pelakon, model dan pelukis
Darah kacukan: Melayu dan Scottish
Adik beradik: 10 orang adik-beradik

Drama: Kau Yang Terindah, Rindu Rania, Facebook Ustazah Shamsiah

Fakta Emma Maembong

Ayah Emma seorang pelukis yang dikenali dengan nama Maembong (Ismail Embong). Emma Maembong cantuman nama ayah Emma, iatu pelukis terkenal negara, Ismail Embong dan datuknya . Emma pernah mengadakan 'Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak: Raja-raja, Kerajaan, Rakyat'. 

Suami Siti Nurhaliza (Datuk K) Kemalangan Di New Zealand

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengalami kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson di Queenstown, New Zealand, semalam.

Kemalangan yang berlaku pada sekitar pukul 12 tengah hari waktu Malaysia (pukul 4 petang waktu tempatan) itu mengakibatkan Datuk K patah bahu selain cedera di tangan dan kaki.

Suami Siti Nurhaliza yang berusia 53 tahun itu kini dirawat di Hospital Southland, Queenstown setelah dia diterbangkan ke hospital itu dengan sebuah helikopter. Keadaannya dilaporkan stabil.

Hospital tersebut terletak di Invercargill, kira-kira 190 kilometer atau dua jam perjalanan dari Queenstown.
Menurut kakak Datuk K, Datin Zaiton, adiknya itu ke New Zealand atas urusan perniagaan dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk bercuti bersama rakan-rakannya.

“Datuk K pergi ke sana kerana kerja dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan bercuti dengan membawa motosikal berkuasa tinggi di sana.

“Saya diberitahu, kemalangan itu berlaku disebabkan dia gagal mengawal motosikal lalu terjatuh dan tercedera. 

“Buat masa ini, dia masih dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil,” kata Zaiton

Tuesday, December 11, 2012

Priyanka Chopra



Full Name:
Priyanka Chopra

Birthday:
18 July 1982

Zodiac:
Cancer

Place of Birth:
Jamshedpur, Bihar-India

Nicknames:
Sunshine and Mimi

Height:
5'7 1/2"

Stats:
35-24-34.

Weight:
53 Kgs

Drives:
White Mercedes

Residence:
Staff Road, Ambala cantonment, the residence of the Chopras

Favourite Song / Music Video:
Careless Whispers, I will always love you....

Favourite Movie Stars:
Mel Gibson & Kishore kumar

Favourite Food:
Dish Lasagna, Makki Roti and Sarson Ka Saag

Favourite Dress:
Saree

Favourite Books:
Shakespeare's Romeo Juliet and
Sidney Sheldon's - Tell me your Dreams

Favourite Magazines:
Femina and Readers Digest

Favourite Movies:
Pretty Woman
Walk in the Clouds

Hobbies:
Singing & Writing poetry

Sunday, November 25, 2012

Anak Siti Nurhaliza Selamat Diijabkabul

Tahniah kepada pengantin baru Anas Khalid dan Alyssa Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein malam tadi (24.11.12).

Sunday, November 11, 2012

Monday, October 22, 2012

Randy Pangalila, Amy Search Dan Hatta Dolmat




Randy Pangalila yang makin popular di Malaysia..Saksikan drama Dalam Hati Ada Taman bersiaran pada 29 Oktober 2012. Dan nantikan 2 filem lakonannya akan datang di pawagam berhampiran.

Tuesday, October 2, 2012

SIti Nurhaliza Dan Kate Middleton Sama Cantik




Benci Jadi Cinta



Pelakon

Nia Ramadhani
Jonathan Frizzy
Fathir Muchtar
Donita
Nuri Maulida
Rezky Aditya
Basuki
Kaharudin Syah
Ivanka Suwandi
Hj.Endang

Sinopsis

Alya adalah pemandu wisata muda yang cantik tapi penuh beban hidup lantaran harus melunasi semua utang ayahnya yang hobi berjudi. Di tempat lain, Reihan Setyawan adalah ahli waris pemilik jaringan hotel terbesar se-Indonesia. Alya dan Reihan bertemu gara-gara tak sengaja bertabrakan.

Hubungan mereka berlanjut menjadi bisnis karena kakek Reihan, Hermawan, yang tengah sakit keras menuntut bisa bertemu cucu perempuannya yang telah lama menghilang. Akhirnya Reihan terpaksa meminta Alya menyamar jadi cucu perempuan tersebut hingga Hermawan perlahan membaik. Penyamaran tersebut membuat Alya diam-diam mulai jatuh cinta pada Reihan. Perasaan yang samapun dialami Reihan. Disaat yang bersamaan, Tasya, kekasih lama Reihan, mendadak muncul lagi. Tasya panik mengetahui kondisi terkini Reihan-Alya.

Di Astro Ria setiap hari Isnin - Jumaat jam 6.30 petang bermula 1 Oktober 2012. 

Monday, September 10, 2012

Siti Nurhaliza Kena Tempias Gangnam Style


Fenomena lagu dan tarian Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Psy kini menular ke Malaysia dan ia turut membabitkan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Selepas banyak parodi lagu tersebut dibuat, kini sebuah parodi Gangnam Style Datuk Siti Nurhaliza pula sedang mendapat perhatian di YouTube. Parodi ialah karya seni yang meniru gaya pencipta lain dengan cara yang melucukan.

Klip video parodi dengan durasi lebih empat minit tersebut dihasilkan sekumpulan peminat fanatik Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Sitizoner.

Ia menampilkan kompilasi klip video persembahan Siti Nurhaliza dari zaman muda sehingga terkini dengan variasi lagu pop, balada dan irama asli daripada penyanyi berusia 34 tahun tersebut.

Mengulas tentang klip video Gangnam Style versi penyanyi itu yang dihasilkan peminatnya, Siti Nurhaliza menyifatkan penghasilan parodi itu sebagai sesuatu yang sangat kreatif.