Ads

Ads

Monday, November 24, 2014

Samarinda - Zahira



Mengisahkan Zahira, seorang gadis yag melalui kehidupan yang sukar. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhinya. Dari segi percintaan Zahira tidak pernah mengecap bahagia. Cintanya sentiasa putus di tengah jalan.

Walaupun hatinya dirobek setelah gagal dalam percintaan, namun Zahira cekalkan hati untuk meneruskan hidup. Zahira tekad ingin membantu ibu angkatnya untuk melunaskan hutang. Mereka sekeluarga hidup dalam serba kekurangan dan kerana itu ibu angkatnya sering meminjam wang.

Zahira juga terpaksa mengorbankan cita-citanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Pelbagai kerja yang dilakukan Zahira untuk melunaskan hutang ibu angkatnya. Dalam pada itu dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Iqbal. Adakah ada bibit-bibit cinta di antara mereka?

Lakonan Adi Putra dan Zara Zya 






Bersiaran mulai 20 November 2014 (Khamis lalu)

Ditayang pada setiap hari Rabu dan Khamis

Di TV3 Slot Samarinda