EPISOD : 15 episode
TARIKH : 2015
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Mufid Shuhaimi
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fathia Latiff, Fattah Amin Erwin Dawson
Drama
bersiri terbaharu, Bencinta terbitan Zeel Production yang menampilkan barisan
pelakon popular tanah air iaitu Fathia Latiff, Fattah Amin, Bella Dally, Erwin
Dawson, Nazeera Sardi, Datuk Eizlan Yusoff dan Amy Mastura, akan menemui
penonton menerusi slot Samarinda di TV3 mulai esok. Drama bersiri 15 episod
arahan Shuhaimi Lua dan nukilan skrip oleh Mufid Suhaimi itu mengisahkan
mengenai Nabil (Fattah Amin) yang menjadi anak yatim piatu selepas ibunya
meninggal dunia ketika beliau berusia 10 tahun. Mak saudaranya, Maimunah
(Sabrina Ali) menghantar Nabil ke rumah anak yatim kerana menganggapnya sebagai
seorang yang sial. Di sana, Nabil berkawan rapat dengan Aishah (Bella Dally)
dan Ikmal (Azri). Sifat kepimpinan Nabil terserlah sejak kecil.
Selepas setahun, Nabil menjadi anak angkat kepada Majid (Datuk Eizlan Yusof) dan Maria (Amy Mastura) yang tidak dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin. Walaupun hanya anak angkat, Nabil ditatang seperti minyak yang penuh oleh Maria. Majid pula sering membawa Nabil ke pejabatnya kerana mahu mendidiknya sebagai waris syarikatnya sejak usia muda lagi. Tidak lama kemudian, Maria mengandung. Malangnya, Maria meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila (Fathia Latiff). Maria meninggalkan amanat kepada Nabil supaya menjaga Nabila dan mengahwini Nabila apabila mereka berdua dewasa nanti. Nabil menjaga Nabila dengan penuh kasih sayang. Namun, sikap Nabil yang terlalu mengongkong telah menyebabkan Nabila mula memberontak dan bencikan Nabil. Lalu, Nabila yang dahagakan kebebasan telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Nabil tidak bersetuju tapi dia terpaksa akur kerana Majid telah memberikan kelepasan kepada Nabila. Nabila mengambil jurusan perniagaan kerana dia mahu mengambil alih perniagaan ayahnya daripada jatuh ke tangan Nabil. Nabila telah bercinta dengan Adam (Erwin Dawson) namun mereka terpaksa berpisah apabila Adam dipanggil pulang oleh keluarganya selepas tamat pengajian. Nabila dan Adam berjanji akan jumpa di Malaysia dan tidak akan memutuskan hubungan. Nabil pula berjumpa semula dengan Aishah dan Ikmal. Aishah masih memendam perasaan terhadap Nabil. Aishah mengambil peluang memenangi hati Nabil selepas berjaya mendapat jawatan sebagai pembantu peribadi kepada Nabil.

Kemunculan Natasya (Nazeera Sardi)
sebagai klien Nabil telah menggugat perasaan Aishah. Natasya seorang wanita
korporat yang lincah, tidak segan silu menggoda Nabil walaupun dalam urusan
rasmi. Selepas tamat pengajian, Nabila pulang dengan tekad dan azam baharu.
Suasana di rumah sudah berbeza kerana Nabil yang lebih berkuasa. Nabil yang
mengatur semua urusan memandangkan Majid sudah uzur. Nabila hanya bersabar
dengan Nabil demi menjaga hati ayahnya. Kebencian Nabila terhadap Nabil bertambah
apabila hanya diberikan jawatan biasa dalam syarikat ayahnya. Pertemuan semula
Adam dan Nabila membibit semula cinta mereka. Nabila sering pulang lewat. Majid
mula risau dan mahu Nabil mengawal cara hidup Nabila. Majid ingin menyatukan
Nabil dan Nabila. Nabila terima Nabil dengan berat hati kerana tidak ingin
syarikat keluarganya menjadi milik mutlak Nabil sekiranya dia tidak berkahwin
dengan Nabil. Selepas berkahwin, Nabila masih berjumpa dengan Adam tanpa
menghiraukan perasaan suaminya. Nabil telah menyiasat mengenai Adam. Akhirnya,
Nabil menunjukkan bukti bahawa Adam telah berkahwin dan mempunyai dua orang
anak.
Walaupun begitu, Nabila tetap bersikap dingin terhadap Nabil malah dia
berpihak kepada Adam yang terpaksa berkahwin demi menyelamatkan syarikat
ayahnya. Nabil dan Nabila sering bertengkar pasal Adam. Nabila pula menyerang
Nabil kerana Natasya sering mendampingi Nabil. Suatu hari, Nabila yang tidak
dapat mengawal kemarahannya telah mengatakan syarikat tidak memerlukan Nabil
kerana dia boleh uruskan sendiri. Oleh kerana tercabar dengan kenyataan Nabila,
Nabil telah meletak jawatan dan menghilangkan diri. Apakah Nabila akan bahagia
selepas Nabil mengundurkan diri? Apakah yang akan berlaku seterusnya?