Ads

Ads

Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Moero Attack


Meoro Attack ialah tajuk sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita Jepun. Siri ini ditayangkan di Jepun melalui rangkaian TV Asahi dari 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980 menjelang temasya Olimpik Moscow 1980.

Meoro Attack juga pernah disiarkan di Malaysia dalam bentuk alih suara melalui saluran TV1. Siri darama ini juga dipercayai berpengaruh di China sehingga berkali-kali diulang tayang, hasil kejayaan pasukan bola tampar wanita kebangsaan negara berkenaan menjulang Piala Dunia Bola Tampar pada tahun 1981.

Sunday, April 10, 2011

SINOPSIS FILEM HOODWINKED TOO! HOOD vs EVIL


The good… the bad… the Twitchy. From the team that brought you HOODWINKED, the comedic portrayal of the fairy tale Red Riding Hood, comes the all-new animated family comedy HOODWINKED TOO! HOOD VS. EVIL in 3D. The sequel finds our heroine, Red (Hayden Panettiere), training with a mysterious covert group called the Sisters of the Hood.

But Red is forced to cut her training short when she gets an urgent call from Nicky Flippers (David Ogden Stiers), who returns as head of the super-secret Happily Ever After Agency, aka the HEA. A wicked witch (Joan Cusack) has abducted two innocent children, Hansel (Bill Hader) and Gretel (Amy Poehler), and Nicky needs Red for the search-and-rescue mission.

Of course, what is a sequel without guest stars from the original? Thankfully, Granny (Glenn Close) and the rest of the HOODWINKED gang-including the ever-clueless Wolf (Patrick Warburton) and his over-caffeinated little partner, Twitchy (Cory Edwards), join Red to solve the forest’s latest caper. Fracturing fairy tales and pop culture with good-natured glee, HOODWINKED TOO! HOOD vs. EVIL in 3D takes viewers on a rollicking rollercoaster ride combining edge-of-the-seat adventure with classic, zany cartoon antics.

Dipawagam pada 28 April 2011

SINOPSIS FILEM DAIRY OF A WIMPY KID:RODRICK RULES


Greg Heffley, the kid who made “wimpy” cool, is back in an all-new family comedy based on the best-selling illustrated novel by Jeff Kinney, one of a series that has thus far sold 28 million books. As he begins seventh grade, Greg tries to score points with a pretty new girl in school while honouring his mom’s request to spend quality time with his older brother – and chief tormentor – Rodrick. Follow Greg and Rodrick’s miscellaneous adventures together, as inspired by volume two of the novels.

Dipawagam pada 26 Mei 2011

SINOPSIS PENUNGGU ISTANA


Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak.Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak.

Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Dipawagam pada 21 April 2011

SINOPSIS FILEM KARAK


“Karak”. Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.

Dipawagam pada 26 Mei 2011

SINOPSIS FILEM HELLO STRANGER


Just like thousands of Thai couples, during the 9 days holiday of Songkran festival, a miserable guy (Dhanasevi) and a girl (Sophon) who is obsessed with the Korean culture, choose to visit Korea for their own specific reasons. They meet each other in Korea and during the course of their budding friendship, decide not to tell each other their names. Though they did not plan the trip together, but will they end up returning back home together?

Dipawagam pada 21 April 2011

SINOPSIS FILEM NUR KASIH THE MOVIE


Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

SINOPSIS FILEM SENJAKALA


Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana.Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama.

Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka.

Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri.Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina.Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi

oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut.Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka.Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.

Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa.

Saturday, April 9, 2011

SINOPSIS FILEM CUN




Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’.

Senarai Pelakon:

Maya Karin, Remy Ishak, Faezah, Nadiyatul Nisaa, Kartina Aziz, Ning Baizura, Jehan Miskin.

Pengarah:

Osman Ali

Tarikh Tayangan:

31 Mac 2011