Ads

Ads

Wednesday, April 10, 2013

Drama Dahlia di Mustika HD

 ‘Dahlia’, satukan Dira, Faizal, Hans, & Raja Ilya

Drama mengisahkan perjalanan seorang wanita bernama Dahlia yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku ini, bakal menambat hati penonton dengan pelbagai babak menarik diselitkan menerusi drama tersebut.
Di bawah arahan Pali Yahya, drama bersiri 40 episod ini bakal memberi pengalaman baru buat penonton memandangkan jalan cerita yang dimuatkan dalam drama ini penuh dengan mesej-mesej berguna buat tatapan penonton.

Lebih menarik, drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini turut dibarisi pelakon hebat tanah air iaitu Dira Abu Zahar (Dahlia), Hans Isaac (Razman), Faizal Hussein (Fuad) dan Raja Ilya (Haliza).

Dahlia yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro Mustika HD mulai 22 April ini menggantikan tayangan Sehangat Asmara.

 ‘Dahlia’, satukan Dira, Faizal, Hans, & Raja Ilya

Sunday, March 3, 2013

Siti Nurhaliza Menang Bella On Stage Award



WINNER OF BELLA ON-STAGE AWARD (PUBLIC VOTING):  DATO' SITI NURHALIZA

CONGRATES..

Wednesday, February 27, 2013

Konsert Nusantara di Istana Budaya

Barisan artis ternama Malaysia dan Indonesia akan bergabung tenaga bagi menjayakan Konsert Nusantara pada 7 hingga 9 Mac ini, pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya di sini.

Konsert cetusan idea daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim itu akan menampilkan antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Amy Search, Hafiz, Rossa, Endang S. Taurina dan Elly Kassim.

Siti Nurhaliza, Rossa, Endang S.Taurina, Elly Kassim, Hafiz, Jimmy Palikat dan Bob akan tampil mengadakan persembahan pada malam 7 Mac.

Saturday, February 23, 2013

Monday, December 17, 2012

Drama Setia Hujung Nyawa


Sinopsis

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada 24 Disember 2012.

Nely sebagai pelakon utama (Ersalina Imani)



Raja Ema sebagai Haliza