Drama mengisahkan perjalanan seorang wanita bernama Dahlia yang terpaksa
berhadapan dengan pelbagai liku ini, bakal menambat hati penonton
dengan pelbagai babak menarik diselitkan menerusi drama tersebut.
Di bawah arahan Pali Yahya, drama bersiri 40 episod ini bakal memberi
pengalaman baru buat penonton memandangkan jalan cerita yang dimuatkan
dalam drama ini penuh dengan mesej-mesej berguna buat tatapan penonton.
Lebih menarik, drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini turut dibarisi
pelakon hebat tanah air iaitu Dira Abu Zahar (Dahlia), Hans Isaac
(Razman), Faizal Hussein (Fuad) dan Raja Ilya (Haliza).
Dahlia yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro Mustika HD mulai 22 April ini menggantikan tayangan Sehangat Asmara.