Ads

Ads

Monday, September 10, 2012

Siti Nurhaliza Kena Tempias Gangnam Style


Fenomena lagu dan tarian Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Psy kini menular ke Malaysia dan ia turut membabitkan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Selepas banyak parodi lagu tersebut dibuat, kini sebuah parodi Gangnam Style Datuk Siti Nurhaliza pula sedang mendapat perhatian di YouTube. Parodi ialah karya seni yang meniru gaya pencipta lain dengan cara yang melucukan.

Klip video parodi dengan durasi lebih empat minit tersebut dihasilkan sekumpulan peminat fanatik Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Sitizoner.

Ia menampilkan kompilasi klip video persembahan Siti Nurhaliza dari zaman muda sehingga terkini dengan variasi lagu pop, balada dan irama asli daripada penyanyi berusia 34 tahun tersebut.

Mengulas tentang klip video Gangnam Style versi penyanyi itu yang dihasilkan peminatnya, Siti Nurhaliza menyifatkan penghasilan parodi itu sebagai sesuatu yang sangat kreatif.

Wednesday, August 1, 2012

Britney Spears Tunda Kahwin


BRITNEY SPEARS yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Jason Trawick pada sambutan perayaan Krismas tahun ini sedang mempertimbangkan untuk menunda perkahwinannya.

Ini kerana penyanyi tersebut keliru sama ada mahu mengadakan majlis secara mewah atau sederhana dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat sahaja.

"Jason mahu mereka berkahwin pada sambutan Krismas ini. Tapi Spears pula masih merancang sesuatu yang belum pasti. Malah tarikh dan lokasi juga belum ada lagi," ujar satu sumber kepada Femalefirst.

Tambah sumber tersebut, Spears bingung untuk menentukan konsep majlis sama ada ia mewah atau sebaliknya kerana memandangkan ia perkahwinan ketiga bagi dirinya.

Spears sebelum ini pernah berkahwin dengan kekasih masa kecilnya Jason Alexander yang hanya bertahan 55 jam. Dia juga sempat berkahwin dengan penari Kevin Federline pada 2004 dan memiliki dua orang anak, Sean Preston, 6, dan Jayden James, 5. Britney dan Jason bertunang pada Disember 2011.