Tayangan Unggul mempersembahkan sebuah filem komedi seram Tolong! Awek Aku Pontianak. Filem ini mengisahkan bagaimana seorang manusia boleh jatuh cinta kepada Pontianak.
Bob (Zahiril Adzim), orang kata dia loser tapi dia ni sangat baik, lurus bendul, naïf tapi sering dibuli oleh rakan sepejabat. Mempunyai rakan serumah bernama Pian (Sufian Mohamed). Bob sering bernasib malang bukan saja berkenaaan dengan kerja, kehidupan seharian malah sering gagal dalam percintaan.
Ina (Faezah Elai), inilah awek Bob. Kerja dia sales assistant je. Ina sanggup tinggalkan Bob dan pergi kepada lelaki yang lebih kaya kerana tak sanggup hidup dengan loser. Kesian Bob.
Faizal (Rashidi Ishak) teman sekerja Bob, dan juga anak bos tempat Bob bekerja. Dahlah tak pandai buat kerja, hanya pandai menggunakan kuasa sebagai anak bos. Sering mempergunakan Bob dalam urusan kerja. Kesian…Bob.
Suatu hari, Bob kenal dengan seorang wanita; Maya (Sazzy Falak), sangat cantik, comel dan baik hati. Bob mula terpikat pada Maya. Tapi Maya ni Pontianak, Bob tak tahu pun yang bakal awek dia ni Pontianak. Lagilah kesian kat Bob.
Maya tinggal bersama adiknya Liyana (Liyana Jasmay), cantiklah jugak. Tapi tak macam kakak dia, dia ni garang sikit dan sangat menjaga kakaknya. Aktif menjalankan aktiviti Pontianak disekitar kawasan perumahan dia.
Keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob. Aduh…kesian betul kat Bob.
Bagaimanakah kesudahan filem ini, adakah kehidupan Bob yang loser akan bertukar menjadi lebih baik dengan kehadiran Pontianak ni? Atau menjadi bertambah loser?
Di pawagam pada 7.7.2011 ini.
No comments:
Post a Comment