Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin masih tidak menerima sebarang tawaran berlakon filem produksi Indonesia berjudul Kekuatan Cinta secara rasmi.
Siti berkata, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui
artikel yang diterbitkan oleh Agensi Berita Nasional (Bernama) bertarikh
11 Januari lalu.
"Saya hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui artikel yang
keluar dan bukannya ada sebarang perbincangan antara kedua-dua belah
pihak," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Makan
Malam Bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani di sini, Khamis.
Terdahulu, Bernama melaporkan sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia
menyatakan minat untuk menawarkan Siti berlakon dalam filem tersebut.
Syarikat berkenaan, PT Kentfilms Production mahu menggandingkannya
dengan pelakon top Indonesia, Nicholas Saputra dalam filem yang
dirancang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Siti berkata berkata, dia masih samar sama ada untuk menerima undangan tersebut atau menolaknya.
"Jika dilihat daripada barisan pelakonnya ia cukup menarik tetapi
masih banyak perkara yang perlu diambil kira seperti persediaan saya
sebelum benar-benar untuk berkata ya kepada pihak tersebut.
No comments:
Post a Comment