SATU Ramadan merupakan detik bermulanya perubahan imej serta
kehidupan seorang penyampai radio iaitu Sharifah Aleya Syed Zainal
Rashid atau lebih mesra disapa Leya kerana mengambil keputusan untuk
berhijrah.
Namun, ketika ditebak persoalan mengenai penghijrahannya ini, Leya
bukanlah seperti kebanyakan selebriti yang ringan mulut untuk berkongsi
kisah perubahannya itu. Setiap persoalan yang ditanya oleh pihak media
akan dijawab dengan jawapan yang hampir serupa.
"Ya, memang saya kini telah pun bertudung bermula 1 Ramadan lepas.
Insya-Allah akan berpanjangan. Saya memang tidak mahu komen tentang
penghijrahan saya ini, dan biarlah ia menjadi kisah peribadi saya,"
tutur Leya ringkas memberi jawapan terhadap perubahan dirinya.
Walaupun telah bertudung, apa yang pasti, Leya masih seorang yang
ceria dan lantang bersuara seperti empunya diri dahulu. Insya-Allah,
Leya sendiri mendoakan supaya perubahannya ini akan berkekalan hingga
bila-bila.
No comments:
Post a Comment