Ads

Ads

Tuesday, February 28, 2012

12 Perkara Menarik Tentang Kamal Adli

Hero sedang meningkat naik ini akan muncul dengan filem terbaru berjudul “Gerimis Mengundang’ dalam sedikit masa lagi. Selain itu, Kamal Adli juga sibuk merempit bersama Taiyuddin Bakar di  Slot Aksi, TV3 pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi drama ‘Apa Celop’.

Buat peminat Kamal, kali ini GUA kongsikan 12 info menarik tentang pelakon ini. Mungkin ada yang sudah anda ketahui, tetapi pasti ada juga yang belum pernah anda dengari. Cuba semak senarai di bawah:-

1) Bayaran pertama sebagai pelakon digunakan untuk membeli i-Phone 3G.

2) Mungkin ramai yang tahu pelakon ini memulakan karier sebagai pengacara sebelum bergelar pelakon. Tugasan mengacaranya yang pertama ialah Rentak Juara, Rhythm Of Champions di RTM1 pada tahun 2008.
     
3) Kamal juga salah seorang penggemar pewangi berjenama. Setakat ini dia mempunyai 20 pewangi pelbagai jenama.

4) Kamal jarang membeli pakaian. Sebulan sekali pun susah.


5) Apabila disuruh memilih Neelofa atau Fazura sebagai heroin paling hot, Kamal tidak dapat buat pilihan. Jelas Kamal kedua-duanya ada kelebihan dan kecantikan tersendiri.

6)  Kamal jarang makan di rumah kerana dia tidak berapa pandai memasak.

7) Memasang impian untuk mempunyai empat anak selepas berkahwin. Dua lelaki dan dua perempuan.

8) Ada dua tabiat buruk yang mahu tinggalkan segera iaitu susah tidur malam dan cuai.

9) Kerana cuai jugalah, Kamal sudah bertukar telefon bimbit hampir 20 kali sebab selalu hilang.

10) Berat badan Kamal sekarang ini ialah 75 kilogram, dengan ukuran pinggang 32 inci.

11) Ketika ini Kamal sedang menjalani penggambaran telemovie berjudul ‘Alamak 7 Hari Lagi’ di samping Sara Ali dan Izara Aishah.
  
12) Dalam masa 10 tahun lagi Kamal membayangkan dirinya masih berada di dalam industri tetapi terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir. Mungkin sebagai pengarah.

No comments:

Post a Comment