Sesuatu yang istimewa buat peminat-peminat artis tempatan di mana anda
boleh mendapatkan koleksi baju dan barang-barang eksklusif mereka dengan
harga yang paling rendah di 'Glam Bazaar'.
Menurut Fouziah Gous selaku perancang projek, bazar ini memberi peluang kepada para peminat membeli-belah sambil beramal.
"Ini program julung-julung kalinya diadakan dengan memberi peluang artis tempatan menjual koleksi barangan peribadi mereka. Idea ini timbul selepas melihat sendiri baju saya yang terlalu banyak di dalam almari.
"Agar tidak membazir, saya terfikir mewujudkan program ini dan dalam masa yang sama mengumpul beberapa lagi rakan artis untuk turut serta. Pasti sahaja bazar ini menjanjikan harga yang cukup istimewa pada harga serendah RM5 hingga RM50," ujar Fouziah.
'Glam Bazaar' dirancang sejak 10 hari yang lalu dan berjaya menghimpunkan koleksi baju dan barangan peribadi artis seperti Sari Yanti, Siti Saleha, Siti Fazurina, Dato' Siti Nurhaliza, Iqram Dinzly, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Aida Khalida, Enot dan Fouziah sendiri.
Program ini akan diadakan pada 3 dan 4 Mac 2012 bermula jam 10 pagi hingga 6 petang bertempat di Glam Garden, Adik Villa, Jalan off Puncak Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment