Dengan mas kahwin sebanyak RM2,050, pihak Awal Ashaari telah
menghadiahkan Scha Al-Yahya dengan tujuh dulang hantaran yang terdiri
daripada wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya, tas tangan merah
jambu jenama Dior, tumit tinggi Christian Louboutin, senaskah Al-Quran,
manisan, sirih junjung, i-Pad, sepersalinan dan perhiasan berlian Lazare
Diamonds.
Manakala Scha Al-Yahya membalas sembilan hantaran yang terdiri daripada
set dompet Bottega Veneta, kompuer riba Apple,sepatu Roberto Cavalli,
tepak sirih, senaskah Al-Quran, seleksi coklat dari Bateel, jam tangan
Cartier, sepersalinan baju Melayu, bow tie dan cincin platinum
bertakhtakan berlian dari Cartier.
Pasangan telah disatukan di dalam dewan pelaminan di Hotel Pullman
Putrajaya yang telah dihias serba indah daripada hasil kreatif Razak
Ahmad, disaksikan lebih 200 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah
mempelai, rakan terdekat serta pihak media.
Majlis akad nikah, pasangan serasi itu telah menyarungkan
persalinan serba putih ciptaan istimewa Syaiful by Syaiful Baharim.
No comments:
Post a Comment