Berhijab dan memakai tudung bukanlah satu perkara luar biasa di kalangan wanita beragama Islam walau di mana sahaja diri mereka berada. Tetapi jika ia dilakukan oleh para artis mahupun selebriti yang dikenali ramai, sudah pasti ia satu perkara yang menarik perhatian.
Begitu jugalah apa yang dirasakan oleh
para peminat dan masyarakat Malaysia apabila Abby Abadi mengambil
keputusan untuk berhijab dan bertudung sebaik sahaja dia pulang dari
Tanah Suci Mekah selesai mengerjakan umrah pada pertengahan bulan Mac
2012 lalu.
Apa sebenarnya yang mendorong ibu
kepada tiga orang cahayamata ini untuk berubah ke arah gaya hidup yang
lebih Muslimah? Adakah disebabkan satu demi satu artis wanita dan
selebriti di Malaysia sudah mula berhijab dan memakai tudung atau ada
sebab lain di sebaliknya?
Kata Abby semuanya tidak
dirancang. “Semasa menunaikan umrah, keputusan menutup aurat dan
bertudung adalah perlu kerana ketika mengerjakan umrah adalah tidak
boleh mendedahkan rambut dan aurat. Jika tidak kita akan dikenakan dam.
“Untuk
mengelakkan diri kena dam, sepanjang masa saya di sana saya memakai
tudung. Jadi saya rasa berniat untuk teruskannya apabila kembali semula
ke tanah air,” ujar Abby lagi keputusannya itu tidak melibatkan paksaan
orang mahupun terikut-ikut dengan trend.
“Saya
gembira dengan apa yang saya buat sekarang ini. Anak-anak saya suka
dengan perubahan ini. Mereka tidak rasa pelik tetapi asyik memuji.
Sebenarnya adik-beradik saya semuanya bertudung. Hanya saya sahaja belum
sehinggalah sekarang.
“Sebenarnya orang pertama
yang tahu saya mahu bertudung adalah kawan sebilik dengan saya di Mekah.
Saya tidak kenal dia pun pada mulanya. Tetapi kami kenal setelah
dijadikan rakan sebilik. Dia memberitahu, apa yang saya buat ini adalah
perkara baik.
Kredit to Mingguan Wanita.
No comments:
Post a Comment