LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH
Sewaktu melahirkan bayi, biasanya faraj ibu akan terkoyak atau pun dijahit selepas dilakukan episiotomi. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, ambil 5 helai pucuk jambu batu dan 3 keping asam gelugur. Kemudian rebus dengan 2 gelas air. Biarkan air rebusan itu suam. Kemudian air rebusan tai digunakan untuk mencuci faraj.
MUDAH BERSALIN
Amalkan makan buah kurma setiap hari sepanjang hamil dan selepas melahirkan. Selain membantu memudahkan proses melahirkan dan mengecutkan rahim, buah kurma dapat menambah tenaga.
CEGAH KESAN KEMERAHAN
Cegah kemerahan pada punggung bayi akibat melecet atau melepuh kerana infeksi atau lembapan akibat air kencing atau najis. Ambil kain jarang, masukkan tepung ubi dan bungkus dengan rapi. Setelah itu, tepukan pada bahagian-bahagian merah dengan tepung ubi tersebut. Ulang selama beberapa hari hingga kesan merah itu pulih.
PEKATKAN SUP
Ada kalanya sup yang dimasak terlalu cair sehingga tidak sedap dimakan. Untuk memekatkannya, masukkan sedikit kentang yang telah direbus dan dilecek. Hasilnya, sup anda akan menjadi pekat dan bertambah enak.
HILANGKAN PARUT
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata campuran tadi ke bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Parut akan beransur hilang.
RAWAT SELESEMA
Menjadi seorang ibu sememangnya banyak cabaran terutama sewaktu anak-anak masih lagi bayi. Masalah utama adalah kesihatan. Selesema akan membuat bayi akan berasa tidak selesa dan meragam. Untuk mengatasinya, cuba tumbuk sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Tepekkan ke atas hidung bayi sewaktu ia sedang tidur. Pasti tidurnya akan lena kerana selesema akan cepat kering.
MUDAH BERSALIN
Amalkan senaman 10 minit sehari. Pergerakan yang kerap akan mengurangkan risiko sakit bersalin tetapi pastikan pergerakan tidak membahayakan ibu dan bayi.
MINYAK ZAITUN BAIK UNTUK KULIT
Sewaktu mengandung, perut yang membesar menyebabkan kulit terasa tegang dan gatal. Jika digaru, kulit akan luka dan tidak cantik. Amalkan menyapu minyak zaitun pada bahagian tersebut. Kesan stretch mark tidak akan ketara.
PENAMBAH TENAGA
Bagi anda yang baru melahirkan anak memang sering berasa letih. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu menumbuk lumat bawah puting, halia, halia bara, madu lebah dan ragi. Kemudian bahan tersebut digentel mengikut saiz yang boleh ditelan. Lakukan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.Bagi anda yang baru melahirkan anak memang sering berasa letih. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu menumbuk lumat bawah puting, halia, halia bara, madu lebah dan ragi. Kemudian bahan tersebut digentel mengikut saiz yang boleh ditelan. Lakukan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.
No comments:
Post a Comment