Ads

Ads

Saturday, April 9, 2011

PETUA (BHGN.3)

SAKIT MULUT

Sekiranya anak anda mengalami sakit mulut. Cubalah rawat dengan santan. Mula-mula masak santan daripada sebiji kelapa dengan satu cawan air. Setelah santan hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat, sejukkan dan sapu dalam mulut anak anda


KURANGKAN DENGKUR

Bagi anda yang ada masalah tidur berdengkur, ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.


DEMAM

Gunakan air asam jawa dan sapukan pada tubuh anak. Insya-ALLAH suhu badan anak akan turun.


LEGAKAN BATUK

Jika anda batuk dan ingin mencuba rawatan cara tradisional, petua ini mungkin boleh membantu. Ambil satu sudu makan madu dan campurkan
dengan air perahan limau nipis (daripada sehiris limau nipis) dan makan.


RAWAT ULSER

Tahukah anda cara yang paling cepat untuk mengubati ulser? Caranya ialah dengan menumbuk halis kulit kayu manis dan campurkan sedikit madu lebah. Setelah itu sapukan ke bahagian yang terkena ulser. Bahan ini amat seusai untuk kanak-kanak kerana rasanya manis, berbau wangi dan yang paling penting tidak memedihkan.


SEGARKAN MATA

Jika mata anda letih, ambil sebiji timun dan hiris nipis. Kemudian, pejamkan mata dan lekapkan dengan timun tersebut. Biarkan untuk beberapa minit. Mata anda pasti akan rasa segar selepas itu.


CARA ATASI SUSU KURANG

Gunakan betik muda. Caranya ialah merebus betik yang telah dipotong dadu. Antara lain adalah lebih elok jika betik tersebut dimasak sebagai sup bersama ayam kampung. Hasilnya susu akan menjadi banyak dan keluar dengan lancar.


CEGAH RUAM

Akibat berpeluang atau alah dengan bahan pencuci/sabun, bayi mungkin mengalami ruam. Sapukan tepung ubi yang sudah dijemur kering pada bahagian kulit yang terkena ruam sebanyak 2 kali sehari.


BADAN TERLALU KURUS

Jika anda menghadapi masalah badan terlalu kurus dan ingin menjadi tegap dan sihat, amalkan petua ini setiap hari. Semasa anda masak nasi, ambil segelas air nasi yang sedang menggelegak dan campurkan dengan sedikit gula. Amalkan minum pada setiap hari.


PENAWAR SAKIT KUNING

Berikan susu ibu kerana susu ibu mengandungi laksatif yang melawaskan pembuangan mekonium (najis) dalam tubuh bayi. Untuk ibu pula amalkan makan epal hijau setiap hari sewaktu hamil.


KENTANG MUDAH DIKUPAS

Ramas kentang dalam hampas kelapa atau pada kain kasar. Kemudian barulah dikupas kulitnya. Ia dapat mengelakkan pembaziran kerana anda hanya akan mengupas lapisan kulit nipisnya sahaja.


MAHU HILANGKAN LETIH

Jika anda sering berasa letih, bancuhlah madu dengan segelas air suam. Biarkan semalam. Keesokan harinya barulah diminum, Insya-ALLAH anda tidak akan berasa letih lagi.

No comments:

Post a Comment