LEGAKAN KEPANASAN
Cuaca panas terik memang merimaskan. Basahkan badan anak dan sapukan dengan tepung gandum. Anda akan dapati kesan merah pada liang romanya ini membuktikan bahawa panas badan anak akan keluar. Kesan itu akan hilang dengan sendirinya.
HILANGKAN DAHAGA
Daun salad dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika anda ingin sentiasa rasa tenang, makanlah daun salad selalu. Daun ini juga mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.
PEKATKAN SUP
Ada kalanya sup yang dimasak terlalu cair sehingga tidak sedap dimakan. Untuk memekatkannya, masukkan sedikit kentang yang telah direbus dan dilecek. Hasilnya, sup anda akan menjadi pekat dan bertambah enak.
PENAWAR SAKIT KUNING
Berikan susu ibu kerana susu ibu mengandungi laksatif yang melawaskan pembuangan mekonium (najis) dalam tubuh bayi. Untuk ibu pula amalkan makan epal hijau setiap hari sewaktu hamil.
MADU LEBAH RAWAT BATUK
Berikan sesudu kecil madu lebah asli dan dicampur dengan tiga titik perahan air limau nipis. Bacalah selawat dan berikan minum. Insya-ALLAH batuk akan sembuh segera.
ANAK KURANG DARAH
Jika anak anda mengalami masalah kurang darah, berilah dia makan anggur kerana zat besi yang terkandung dalam anggur mudah diserap tubuh. Anggur juga baik untuk kanak-kanak kerana kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin A dan B, potasium, zat besi, kalsium dan fosforus.
RAHSIA AYAT SUCI AL-QURAN
Amalkan membaca surah Yasin setiap hari sepanjang tempoh kehamilan. Selain itu bacalah surah Yusof (sihat, sempurna dan cantik rupa-paras), surah Maryam (baik, soleh/solehah, beriman dan bertakwa). Surah Luqman (pintar dan bijak) dan surah Taubah (untuk pengampunan diri sendiri).
CUCI BOTOL SUSU DENGAN MUDAH
Masukkan sedikit beras ke dalam botol susu dan campur dengan air panas dan goncang. Hasilnya botol susu menjadi bersih dan puting botol susu pun akan turut hilang keraknya.
ELAKKAN LIPAS
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan pada tempat yang digemari lipas seperti di dalam almari pakaian dan kabinet dapur. Sentiasalah gantikan daun pandan yang sudah layu dengan daun-daun baru agar lipas tidak lagi mengganggu.
PUSAT TIDAK TERSEMBUL
Tunggul pusat bayi sudah gugur perlu dijaga agar tidak tersembul. Ambil sedikit halba dan jintan hitam lalu dimasukkan ke dalam sebungkus kain (dijadikan seperti uncang atau bantal kecil). Letakkan uncang tersebut di atas pusat dan pakaikan barut seperti biasa. Insya-ALLAH lama-kelamaan tunggul pusat akan tenggelam. Cara ini dapat mengurangkan masalah perut kembung pada bayi.
BUAH PINANG KURUSKAN BADAN
Ambil sebiji buah pinang, hiris nipis dan jemur sehingga kering. Selepas hirisan pinang cukup kering, tumbuk lumat sehingga menjadi serbuk. Ambil setengah sudu teh serbuk pinang tersebut dan campurkan dengan air panas. Rendam semalaman dan minum pada waktu pagi dan petang bersama serbuknya sekali. Amalkan selama dua minggu. Insya-ALLAH tubuh anda akan semakin langsing.
ELAKKAN ANAK KENCING MALAM
Setiap pagi dan sebelum tidur, beri anak anda minum sesudu kecil madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam.
PENAWAR SELEPAS BERSALIN
Ambil segenggam daun lengkuas dan 2 inci halia, kemudian diketuk-ketuk sampai pecah. Rebus kedua-dua bahan untuk dijadikan air mandian, campur dengan air sejuk untuk menjadikannya panas suam-suam kuku. Gunakanlah air itu untuk mandi pada waktu pagi bagi ibu-ibu dalam pantang.
PELEMBAP MUKA
Bagi anda yang inginkan pelembap muka daripada bahan semula jadi, cubalah cara ini. Ambil beberapa kelopak kubis, kisar sehingga halus. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bersihkan dengan kapas lembap.
No comments:
Post a Comment