Ads

Ads

Saturday, April 9, 2011

PETUA (BHGN.2)

KESUM KELAPA ATASI KEPUTIHAN

Rebus daun dan bunga pokok kesum kelapa, kemudian jadikan ulam. Air rebusannya pun boleh diminum. Tetapi ia lebih berkesan kalau dimakan mentah. Keputihan anda akan hilang.


SENAK PERUT

Jika anda berhadapan dengan masalah senak perut dan selalu sendawa angin, petuanya ialah rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja) bersama dua ulas bawang putih dan tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. Mudah-mudahan anda cepat sembuh.


SENGKUANG BANYAKKAN SUSU IBU

Makan sengkuang setiap hari untuk membanyakkan susu ibu.


CANTIKKAN KENING

Jika anda ingin bulu kening anak hitam dan lebat, ambil beberapa helai daun sirih, patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian bergetah pada kening anak. Lakukan setiap hari. Hasilnya, anda akan dapati bulu kening anak jadi hitam dan lebat. Walau bagaimanapun,
amalan ini hanya sesuai untuk bayi berusia bawah setahun.


HILANGKAN BULATAN HITAM BAWAH MATA

Ambil segenggam daun pudina segar dan tumbuk sehingga hancur. Sapukan pada sekitar mata dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Selepas itu, cucilah dengan air sejuk.


HILANGKAN KUTU

Ambil beberapa ulas bawang putih, buangkan kulit dan tumbuk lumat. Kemudian, campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Akhir sekali, balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci.


KURANGKAN DEMAM

Gunakan air asam jawa dan sapukan pada tubuh anak. Insya-ALLAH suhu badan anak akan turun.


GASTRIK

Ambil sebiji buah kurma dan campurkannya dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian, minum sebanyak dua kali sehari.


ALOE VERA LEGAKAN BENGKAK

Jika anak anda terjatuh dan menyebabkan lebam atau bengkak, sapukan dengan lendir aleo vera. Lendir tersebut akan membantu mengurangkan kesan bengkak dan lebam dengan cepat.


HILANGKAN BATUK

Berikan sesudu kecil madu lebah asli dan dicampur dengan tiga titik perahan air limau nipis. Bacalah selawat dan berikan minum. Insya-ALLAH batuk akan sembuh segera.


MANJAKANI KECUTKAN RAHIM

Rendam manjakani dalam air panas selama beberapa mini. Setelah lembut, tumbuk halus dan gentel hingga menjadi sebesar kacang lalu ditelan. Amalkan pagi dan petang,. Insya-ALLAH rahim dan anggota dalaman anda akan cepat pulih jika diamalkan memakan manjakani ini selepas bersalin.


KURANGKAN PANAS BADAN BAYI

Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi, ambil segenggam asam jawa. Ramas asam jawa tersebut bersama sedikit air. Kemudian, lumurkan sedikit demi sedikit bancuhan asam jawa tersebut pada kepala bayi. Insya-ALLAH demam bayi akan beransur-ansur sembuh.


MERAWAT MUNTAH

Jika ahli keluarga anda mengalami masalah muntah-muntah, ambillah beberapa helai daun limau purut dan kisar bersama sedikit air masak sehingga hancur. Minumlah sehingga habis.

No comments:

Post a Comment