Ads

Ads

Friday, October 28, 2011

SINOPSIS AKU BUKAN TOMBOY



‘Aku Bukan TOMBOY… Aku Bukan TOMBOY…’ begitu jeritan Farisa atau Eisha si gadis Tomboy. Rupa-rupanya ia sekadar lamunan Farisa yang mengimpikan penampilan sebagai gadis ayu dan jelita yang memukau seluruh mata yang memandang.
Kisah bermula dengan rentetan kehidupan Farisa yang kehilangan kasih ibu sejak kecil, hanya bapa kandung yang menjadi pelindung tatkala dia mengharungi warna kehidupan sebagai seorang gadis penghantar pizza yang agresif, kasar dan samasekali bercanggahan dengan sikap gadis normal yang kaya dengan sifat lemah lembut.

Di sebalik keraktor Farisa terselindung naluri semulajadi gadis sejati yang menginginkan kehidupan yang biasa dijalani oleh mana-mana gadis sebayanya. Maka, takdir menentukan bahawa tanpa dirancang Farisa juga berhak untuk menikmati alam percintaan.
Plot bermula di mana Farisa tidak menyangka yang dia akan tersepit dalam cinta tiga segi. Kemunculan Harry, seorang ‘salesman’ yang ‘happy go lucky’, setaraf dengan Farisa sebenarnya menyimpan perasaan cinta dan sayang terhadap Farisa. Malangnya Harry seakan kurang mahir untuk mengekspresikan perasaan cintanya terhadap Farisa.
Dalam masa yang sama muncul pula seorang lagi jejaka, Burn berbeza darjat dengan Farisa. Burn seorang yang romantic dan dilahirkan dalam keluarga berada serta berjawatan sebagai ‘junior executive’ di syarikat bapanya. Pandangan pertama Burn terhadap Farisa yang ketika itu sedang menghantar pizza telah melonjakkan minatnya untuk merapati Farisa seterusnya nekad untuk memahkotakan Farisa sebagai permaisuri hidupnya.
Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang
Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis TOMBOY untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya.

Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.
Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.
Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.

sumber: BUDIEY