Ads

Ads

Wednesday, March 28, 2012

Menjelang Perkahwinan Awal & Scha : 10 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu


1) Selepas berkahwin,  Awal mahu Scha pulang ke rumah sebelum jam 12.00 tengah malam.

2) Awal mahu Scha sentiasa tidur bersamanya walaupun sibuk atau berlaku krisis dalam rumahtangga. Dia percaya perkara itu penting setelah dinasihatkan oleh ibu dan kawan-kawan yang sudah berkahwin.

3) Scha mengharapkan Awal boleh menjaganya dengan baik sebagaimana dia menjaga keluarganya sendiri selepas berkahwin nanti.

4) Pasangan ini mendapat 10 penajaan untuk majlis pernikahan dan resepsi. Bio Essense & Nugeno Men antara penaja utama untuk kedua-dua majlis.

5) Astro adalah penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan ini. Selain menyiarkan majlis pernikahan secara langsung, Astro Ria akan menyiarkan empat episod pra-perkahwinan dan satu episod persandingan.

6) Awal nafikan dia mengejar publisiti, sebaliknya ingin berkongsi detik-detik bersejarah dia dan Scha bersama peminat yang banyak memberi sokongan.

7) Scha mementingkan hidangan yang ingin disajikan kepada tetamu. Dia mahu semua tetamu seronok dan puas hati dengan makanan.

8) Hanya ada satu majlis resepsi diadakan untuk kedua-dua belah pihak. Scha juga enggan melakukan sesi fotografi yang memerlukan dia menukar berpasang-pasang baju.

9) Scha mendedahkan andai dia tahu Awal hendak melamarnya secara rasmi di  program Propaganza pada Ahad lalu, pasti dia tidak akan menghadirkan diri.

10) Pasangan ini sepakat memilih warna putih sebagai warna tema majlis perkahwinan mereka. Ini kerana mereka mahu majlis perkahwinan mereka kelihatan suci. 
 
Sumber dari GUA.

Cover Media Hiburan : Anak Anne Panggil Aliff 'Daddy'


Tuesday, March 20, 2012

Eizlan Tak Halang Anaknya Jadi Model


Dikurniakan sepasang cahaya mata, Vee Zara, 4, dan Zaaref Yusof, 2, Eizlan Yusof berkata kedua-dua anaknya sudah menunjukkan minat dalam bidang seni dan pertahanan sejak kecil lagi.

"Kedua-dua anak saya punya minat dalam bidang yang berbeza. Malah, masing-masing sudah mula menunjukan minatnya sejak dari kecil lagi.
"Anak saya yang perempuan iaitu Zara, memang suka bergaya dan dia seorang yang pandai beraksi atau pose apabila di hadapan kamera.

"Saya sendiri pun tidak pernah mengajar begitu tetapi dia sendiri yang minat ke arah itu. Disebabkan itu, baru-baru ini dia ada dipanggil untuk menjadi model iklan bayi.

"Selain suka beraksi dihadapan kamera, dia juga suka menyanyi. Bayangkan dia boleh menghafal lagu artis kegemarannya iaitu Beyonce dan Miley Cyrus dengan lancar. Kagum dan terkejut juga saya.
"Sementara, anak lelaki saya, Zareef yang baru berusia dua tahun itu pula belum lagi menunjukkan apa-apa minat selain bertindak aktif dan lasak dengan memanjat pintu pagar dan sebagainya.

Sumber: Murai

3 Janji







Drama 3 Janji dibarisi pelakon popular tanahair antaranya Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari dan Zara Zya.

Mengisahkan tentang Dalia dan Khursyi yang berkawan baik sejak kanak-kanak. Mereka saling memahami dan menyayangi akhirnya menjadi kekasih. Malangnya, sebuah tragedi telah meragut nyawa Khursyi apabila mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentisa ingat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi untuk mencari teman hidup yang boleh menjadi sabahat terbaik, menjadi kekasih terbaik dan menjadi suami terbaik buat Dalia.. Apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 janji tersebut? 


Akan menemui penonton pada 20 Mac ini setiap hari Selasa jam 9.00malam

Friday, March 16, 2012

Sitkom Annisa di TV Alhijrah


Mulai 18 Mac ini, penonton TV AlHijrah akan dihidangkan dengan sitkom terbaru berjudul Annisa’. Sitkom 13 episod yang akan ke udara setiap Ahad ini mengisahkan kehidupan empat orang muslimah moden yang bijak, berdikari, dan bersifat lucu. Mereka berempat berkongsi satu minat yang sama iaitu mereka sangat gemarkan Cafe Latte di Annisa’ Cafe.

Setiap malam mereka akan berkumpul di ANNISA’ Cafe selama 30 minit hanya untuk berbual dan berkongsi cerita tentang hal yang berlaku dalam kehidupan harian mereka sambil menikmati cafe latte kegemaran mereka.

Annisa’ merupakan siri sitkom terbaru terbitan Primeworks Studio untuk TV AlHijrah memaparkan isu-isu semasa yang releven dengan kehidupan masyarakat dan diselitkan nilai-nilai moral dalam bentuk ‘infotainment’.

Barisan pelakon hebat yang menjayakan sitkom Annisa’ terdiri daripada  Raja Farah sebagai Tria, Sariyanti sebagai Nita, Diana Amir sebagai Audy, dan Bienda sebagai Lili.

Kepada peminat setia TV ALhijrah, jangan lupa menyaksikan Annisa' yang akan disiarkan pada setiap Ahad, pada jam 8.30 malam. Selamat menonton!