Ads

Ads

Monday, May 21, 2012

Konsert Kenangan Sudirman

Sempena memperingati 20 tahun pemergian Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad, sebuah konsert akan diadakan pada 3 Jun 2012 untuk mengenang jasa beliau sebagai penghibur nombor 1 Asia suatu masa dahulu. Konsert yang diberi nama “Konsert Kenangan Sudirman” ini menampilkan selebriti-selebriti terkenal tanahair untuk menjayakan konsert tersebut.

Antara selebriti-selebriti yang akan memeriahkan “Konsert Kenangan Sudirman” termasuk Dato’ Ac Mizal selaku hos, Jaclyn Victor, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan and the Typewriter, Didie Alias, pelakon Hoore! Hoore! The Musical, Hujan, Ziana Zain, Osbon dan Dato’ Siti Nurhaliza. Konsert Kenangan Sudirman bakal berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur berhadapan dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Apa yang menarik tentang konsert ini, selebriti-selebriti akan menyampaikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan sendiri oleh allahyarham. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada peminat-peminat Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad untuk mengimbas kembali lagu-lagu yang menjadi siulan sewaktu masa dahulu.

Majalah Nur - Cover Datin Norjuma


Siti Nurhaliza Di Konsert Akhir Mania


Kredit to google images.

20th Anniversary Showcase - KRU


You will get 1 exclusive pass for every RM50 spent on merchandise bought directly from United Studios (enquiries@unitedstudios.net)

These Exclusive Passes are NOT FOR SALE

Sunday, May 20, 2012

Hafiz Juara Mania


Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Suib , 22, mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekaligus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000 beserta trofi.

Menurut bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak menyangka mampu mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.

"Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini. "Semoga hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 ini dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung.


Dalam pada itu, produser yang dipertanggungjawabkan sebagai penerbit Hafiz iaitu Ahmad Dhani turut menerima habuan sebanyak RM300,000.

Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000 dan trofi.


Manakala Jaclyn Victor berada di tempat ketiga, setelah berjaya mendapat hasil undian sebanyak 22 peratus, sekaligus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Monday, May 14, 2012

Seindah Sakura - Bahagia Hanya Tiba Seketika


Seindah Sakura mengisahkan Shakira yang telah ditinggalkan oleh ibunya, Rosnah namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah.  Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya yang terus hilang tanpa khabar berita.

Dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi.

Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira jika dia tidak ke sekolah. Namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi dirinya.

Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah.

Saat itu, perasaan bersalah menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

pun begitu, Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu.

Pada suatu hari, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira.

Orang kampung juga membenci kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia.

Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya.

Suatu hari Anida telah memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang kerumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tidak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Seindah Sakura menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam bermula 7 Mei 2012 di TV3.

Saturday, May 5, 2012

Hantaran Mewah Schawal


Dengan mas kahwin sebanyak RM2,050, pihak Awal Ashaari telah menghadiahkan Scha Al-Yahya dengan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya, tas tangan merah jambu jenama Dior, tumit tinggi Christian Louboutin, senaskah Al-Quran, manisan, sirih junjung, i-Pad, sepersalinan dan perhiasan berlian Lazare Diamonds.


Manakala Scha Al-Yahya membalas sembilan hantaran yang terdiri daripada set dompet Bottega Veneta, kompuer riba Apple,sepatu Roberto Cavalli, tepak sirih, senaskah Al-Quran, seleksi coklat dari Bateel, jam tangan Cartier, sepersalinan baju Melayu, bow tie dan cincin platinum bertakhtakan berlian dari Cartier.
Pasangan telah disatukan di dalam dewan pelaminan di Hotel Pullman Putrajaya yang telah dihias serba indah daripada hasil kreatif Razak Ahmad, disaksikan lebih 200 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah mempelai, rakan terdekat serta pihak media.

Majlis akad nikah, pasangan serasi itu telah menyarungkan persalinan serba putih ciptaan istimewa Syaiful by Syaiful Baharim.

Friday, May 4, 2012

Yatt Manis Bertudung


Sejuk Mata Melihat Abby Bertudung


ANUGERAH STAIL EH! 2012


Pilihan dan undian bestari anda adalah penentu kepada ANUGERAH STAIL EH! 2012 yang dibawakan bersama SaSa Malaysia

Dapatkan borang pencalonan daripada EH! edisi Mei, cawangan Sa Sa di sekitar Lembah Klang atau layari http://www.eh.com.my/anugerah-stail-eh-2012

Menghitung Detik Terindah Scha & Awal




Malam ni, siaran langsung Majlis akad nikah Scha dan Awal. Jangan lupa tengok.