Ads

Ads

Wednesday, August 1, 2012

Britney Spears Tunda Kahwin


BRITNEY SPEARS yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Jason Trawick pada sambutan perayaan Krismas tahun ini sedang mempertimbangkan untuk menunda perkahwinannya.

Ini kerana penyanyi tersebut keliru sama ada mahu mengadakan majlis secara mewah atau sederhana dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat sahaja.

"Jason mahu mereka berkahwin pada sambutan Krismas ini. Tapi Spears pula masih merancang sesuatu yang belum pasti. Malah tarikh dan lokasi juga belum ada lagi," ujar satu sumber kepada Femalefirst.

Tambah sumber tersebut, Spears bingung untuk menentukan konsep majlis sama ada ia mewah atau sebaliknya kerana memandangkan ia perkahwinan ketiga bagi dirinya.

Spears sebelum ini pernah berkahwin dengan kekasih masa kecilnya Jason Alexander yang hanya bertahan 55 jam. Dia juga sempat berkahwin dengan penari Kevin Federline pada 2004 dan memiliki dua orang anak, Sean Preston, 6, dan Jayden James, 5. Britney dan Jason bertunang pada Disember 2011.

Sharifah Aleya Kini Bertudung


SATU Ramadan merupakan detik bermulanya perubahan imej serta kehidupan seorang penyampai radio iaitu Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih mesra disapa Leya kerana mengambil keputusan untuk berhijrah. 

Namun, ketika ditebak persoalan mengenai penghijrahannya ini, Leya bukanlah seperti kebanyakan selebriti yang ringan mulut untuk berkongsi kisah perubahannya itu. Setiap persoalan yang ditanya oleh pihak media akan dijawab dengan jawapan yang hampir serupa. 

"Ya, memang saya kini telah pun bertudung bermula 1 Ramadan lepas. Insya-Allah akan berpanjangan. Saya memang tidak mahu komen tentang penghijrahan saya ini, dan biarlah ia menjadi kisah peribadi saya," tutur Leya ringkas memberi jawapan terhadap perubahan dirinya. 

Walaupun telah bertudung, apa yang pasti, Leya masih seorang yang ceria dan lantang bersuara seperti empunya diri dahulu. Insya-Allah, Leya sendiri mendoakan supaya perubahannya ini akan berkekalan hingga bila-bila.