Ads

Ads

Tuesday, July 31, 2012

Kontrak Duta Tudung Abby Abadi Dibatalkan



Nama Abby Abadi kembali menjadi sebutan apabila melalui akaun Twitternya, dia mengumumkan kontraknya sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan secara rasmi sejak 4 Julai lalu.

Melalui akaunnya juga, Abby telah berkongsi kenyataan yang didakwa milik pengasas Al-Humaira Contemporary, Hani Elia yang menjelaskan bahawa penglibatan Abby dalam politik telah menjejaskan perniagaannya.

Berikutan pembatalan kontrak itu, Abby menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka di samping memohon maaf dengan penglibatannya dalam Pakatan Rakyat.

Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Berpadu Suara


Sebelum ini dua penyanyi hebat tanah air, Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz pernah berduet dalam beberapa persembahan. Nyata, gandingan mereka cukup serasi dan tidak menghampakan.

Terbaru, Dato' Siti dan Hafiz akan kembali bersatu menerusi sebuah lagu ciptaan vokalis Kumpulan 6ixth Sense iaitu Adi. Lagu yang bakal dinyanyikan merupakan lagu tema bagi drama 'Adam & Hawa' lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.

Dua keping gambar ini menunjukkan ketiga-tiga mereka sedang berlatih. Dato' Siti dan Hafiz dijangka memulakan proses rakaman dalam masa terdekat ini.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu bakal ditayangkan di saluran Astro bermula 27 Ogos depan.



Monday, July 30, 2012

Semua Ada Kisah Silam - Erra Fazira

 
DIA keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.
Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu.
Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.

Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir. 
Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur. Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!
Kisah ini bukan cerita dalam drama atau filem, tetapi itulah sebahagian perjalanan hidup primadona filem alaf baru, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 38. Memori sedih itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Erra menyerahkan ‘kunci’ kepada Astro untuk berkongsi cerita itu dalam komersial raya bertemakan ‘Jalinan Kasih di Aidilfitri’ yang akan ke udara secara eksklusif pada minggu terakhir Ramadan.

Buat kali pertama, pelakon, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Malaysia ini mendedahkan siapa bapanya dan apa yang berlaku dalam hubungan mereka. Ia sekali gus menjawab teka-teki ramai yang ingin mengetahui identiti bapanya selama ini.

Iklan durasi 60 saat itu menjalani penggambaran di Tanjung Karang, Selangor pada 19 Julai, bermula jam 5 pagi hingga senja membabitkan 40 kru diketuai Pengarah Kreatif Rangkaian Astro, Abib Mirza Hussein, tiga pelakon utama iaitu Erra ketika kecil, Nurul Balqish, ibu, Riza Alwi serta 27 watak tambahan.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran iklan itu, Erra yang dilahirkan di Sungai Choh, Rawang pada 9 Februari 1974, menafikan selama ini merahsiakan identiti bapanya, cuma dia merasakan perkara itu tidak perlu dikongsi setiap kali ditanya media.

Pun begitu, hati anak tunggal pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik ini terbuka untuk bercerita apabila tema yang diperkenalkan Astro bersesuaian dan boleh dijadikan pengajaran bersama.

“Bagi saya, ia bukan perkara terlalu sensitif, sebab itu saya boleh kongsi.

Lagipun, ia disampaikan dengan menggunakan saluran betul. Saya cuma menceritakan kisah zaman kanak-kanak yang belum pernah dikongsi dengan masyarakat.

“Semua orang ada sejarah masing-masing dan ia bukan berniat memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, malah sebelum penggambaran, saya ingatkan pihak Astro supaya penyampaiannya nanti biarlah dalam bentuk membina.

“Apa yang ingin saya sampaikan dalam iklan ini, ikatan tidak akan putus walaupun berpisah mati. Seperti saya katakan tadi, ia bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang menjadikannya begitu.

“Ia mengi­sahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi.

“Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,” katanya sambil menghela nafas panjang.


Belum tentu lokasi beraya

SAMA seperti dua tahun lalu, Erra Fazira akan berkampung di Istana Budaya untuk menjalani latihan pementasan Tun Siti Hasmah, sepanjang Ramadan ini.

Selain itu, ibu kepada Engku Aleesya yang kini berusia tiga tahun, rancak menguruskan perniagaan hamper Ramadan dan Syawal serta sibuk di lokasi penggambaran drama Mana Hilangnya Juwita.

Mengenai sambutan Aidilfitri, Erra berkata, dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin belum memutuskan di mana mereka akan beraya, namun persiapan mula dilakukan menjelang Ramadan.

“Saya jenis buat persiapan saat akhir. Sejak dulu lagi saya suka melakukan persiapan penghujung Ramadan kerana lebih terasa nikmatnya. Pun begitu, tidaklah semua saat akhir, ada juga yang saya beli awal seperti baju anak.

“Kalau bercakap soal persiapan, fokus saya lebih kepada Aleesya. Setakat ini saya ada tiga pasang baju raya untuknya dan hujung Ramadan nanti, saya akan beli lagi. Tahun lalu dia ada 10 baju raya.

“Itulah akibatnya bila ada ibu yang suka membeli-belah. Pantang nampak yang cantik, mesti gatal tangan nak beli. Bila dah ada banyak baju raya, apa lagi asyik tukar sebab kalau boleh nak bagi dia pakai semua baju.

“Untuk diri sendiri, memadai dua atau tiga baju. Biasanya pada hari raya, saya akan tampil ringkas dan santai. Baju kurung pilihan saya daripada jenis kain kapas kerana ia sesuai dengan cuaca panas terik dan suasana kampung. Baju glamor saya cuma pakai apabila bekerja,” kata Erra.

Susah Nak Cakap Betul Atau Tidak


PERMAISURI: “Sampai sekarang susah saya nak cakap, nak kata betul pun tidak, nak kata tidak pun tidak,” kata Sitinah Dollah, 51, anak sulung pasangan Allahyarham Dollah Seman, 92, atau lebih mesra dengan panggilan Pok Loh dengan isterinya, Fatimah Hamid, 74.
Pok Loh sebelum ini mendakwa, Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mungkin anak kandungnya yang diserahkan kepada keluarga angkat.

Sitinah yang bekerja mencari lokan berkata, seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi memikirkan perkara itu kerana kesannya sangat besar sehingga diperkatakan orang serta media.
Malah, katanya, dia juga tak tahan diperli penduduk kampung ketika isu berkenaan ditimbulkan enam tahun lalu.

Katanya, sebelum bapanya meninggal dunia kerana sakit tua pada hari kedua Aidilfitri 2010, arwah tidak pernah lagi bercerita mengenai Erra.

“Kami adik-beradik tak tahu sangat hal itu. Kalau nak tahu cerita sebenar, kena tanya Erra sendiri. Lagipun bapa sudah dua tahun meninggal dunia dan emak pula sering ke rumah anak, termasuk ke Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor.
“Syukur emak masih sihat. Dia sekarang ada di Tanah Merah, Kelantan dan tinggal di rumah seorang ahli keluarga untuk mengurut orang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu.

Menurut laporan dalam Metro Ahad pada 2 Julai 2006, pasangan warga emas itu mendakwa Erra mungkin anak kandung mereka yang diserahkan kepada satu keluarga angkat, 36 tahun lalu.
Fatimah dan Pok Loh dikurniakan 14 anak, iaitu enam lelaki dan lapan perempuan yang kini berusia antara 29 hingga 51 tahun, tiga diserahkan kepada orang dijadikan anak angkat.

Mereka menyerahkan anak pada orang lain bukan kerana miskin, tetapi disebabkan keluarga angkat terbabit ingin sangat kerana tiada anak dan semua mereka ada pertalian saudara jauh.

Friday, July 27, 2012

Umie Aida Tempelak Abby Abadi


Sekali lagi, laman Twitter menjadi medan untuk sesetengah pihak meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sesuatu perkara. Terbaru pelakon versatil, Umie aida menempelak kenyataan yang dikeluarkan Abby Abadi dalam sebuah akhbar online, baru-baru ini.

MH Online siarkan kenyataan Abby Abadi yang menganggap selebriti yang telah berhijrah seperti dirinya mempunyai ruang bekerja yang terhad di bawah kerajaan sedia ada;

"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik. Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah."

Tidak bersetuju dengan kenyataan ini, melalui akaun twitternya, Umie Aida menganggap kenyataan yang dikeluarkan Abby Abadi sebagai cetek pemikiran.

Melalui beberapa lagi status di Twitternya, Umie Aida juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.

Aaron Aziz Bergandingan Dengan Norman Hakim Dalam Drama KL Drift


Akan datang....

Tuesday, July 24, 2012

Yusry dan Lisa Beraya Di Rumah Baru


Selepas enam tahun beraya tanpa wanita bergelar isteri, kini Yusry Abdul Halim, 39 kembali meniti bahagia bersama insan yang dicintainya, Lisa Surihani Mohamed, 26. Ternyata pasangan romantik ini begitu teruja meraikan hari lebaran bersama.

Kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya apabila berbicara mengenai sambutan Aidilfitri pertama mereka selepas disatukan. Lebih istimewa, pasangan sama cantik dan sama padan ini bakal menyambut bulan mulia di kediaman baru mereka yang terletak di Kajang Country Height.

“Saya bersyukur dan gembira dengan apa yang dimiliki hari ini. Kehadiran Lisa amat bermakna dalam hidup saya. Dia wanita yang amat istimewa, bersamanya saya rasa bahagia.

“Alhamdulillah, sepanjang enam bulan berkahwin kami tidak pernah bergaduh. Kami dapat menyesuaikan diri dengan begitu baik. Saya dan Lisa ada keserasian. Sejak mula kenal sehingga menjalin hubungan istimewa, kasih sayang kepadanya semakin subur. Saya berdoa agar rumah tangga kami bahagia sehingga ke akhir hayat,” ujar anak kedua daripada empat orang adik-beradik ini. Sebagai suami, kata Yusry dia berusaha memberikan yang terbaik buat Lisa. Selain kasih sayang yang tidak berbelah lagi, dia mahu memastikan permaisurinya hidup selesa di kediaman baru mereka.

“Sebenarnya saya sudah lama merancang membina kediaman yang selesa untuk keluarga saya, syukur impian saya akhirnya menjadi kenyataan. Ketika bercinta dengan Lisa, rumah ini dalam proses pembinaan. Saya ada bertanya tentang rumah idamannya tapi Lisa hanya mendiamkan diri. Mungkin dia segan maklumlah ketika itu kami masih belum berkahwin.

“Saya teruskan perancangan membina rumah mengikut cita rasa saya. Rumah ini mempunyai nilai sentimental buat saya kerana ia adalah rekaan saya sendiri khas buat insan yang dicintai. Saya gembira Lisa suka dengan rekaan dan dekorasi kediaman kami yang berkonsep kontemporari. Cita rasa kami sama lantaran mudah untuk kami menata rias kediaman ini.

“Saya mahu meniti hari bahagia bersama Lisa dan membina keluarga di kediaman ini. Semoga ia menjadi kediaman yang selesa dan sempurna untuk kami,” jelas pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa ini lagi.

Friday, July 20, 2012

Abby Abadi Serah Borang Sertai PAS



Assalamualaikum, dgn berbesar hatinya Sy nk share yg mlm tadi, 19/7/2012 bsamaan dgn hari Khamis, atas kesedaran sendiri, & atas dasar menghormati & menghargai pengorbanan TGNA, TGAHA & semua jemaah yg bersama PAS selama ini, Sy sudah menyerahkan borang kpd TGNA di Dun Kubang Kerian, Kelantan utk menjadi ahli PAS seumur hidup, Allahu akhbar!

Sebelum ni, Sy bkn tak sudi, tp Sy blum memahami yg mana agama & politik tidak buleh dpisahkan. Bila Sy sudah smakin jelas dgn apa yg Sy ingin perjuangkan bersama jemaah PAS, Sy mgambil langkah berani utk smpaikan yg kita kena berbalik pd ALQURAN & SUNNAH krn sudah tersasar jauh. Sedarlah yg kita berada diakhir zaman. Agama ALLAH yg kita anuti ini perlu dimartabatkan sblm kita dijemput pulang. Takkkkbiirrrr!!!

ps: sdikit pencerahan, hanya dr jalan politik kuasa pemimpin akan dpt kita miliki. Tggungjawab bersama utk memilih pemimpin dr golongan kita juga & Utk kehidupan yg lebih terjamin didunia & akhirat juga. insyallah..
copy from FB Real Abby Abadi.

Aaron Aziz Rock


Thursday, July 12, 2012

Ady Putra Bergandingan Dengan Rita Rudaini Dalam Balistik

Seorang pembunuh yang dikenali sebagai Saga (Rosyam Nor) berada di atas bumbung sebuah bangunan, sedang memerhatikan gerak-geri Dato Hamza. Sambil itu, dia sedang memegang sepucuk senjata berupa snipper yang turut disasarkan pada Dato Hamza.
Sementara Saga sendiri, sedang diacukan sepucuk pistol di bahagian kepalanya, oleh Jack (Jack Lim). Sebetulnya Jack juga merupakan rakan kongsi kepada Saga.... Jack sebenarnya telah menerima arahan daripada ketuanya untuk memerhatikan perlakuan Saga selaku pembunuh upahan untuk misi tersebut.

Saga akhirnya berjaya menembak Dato Hamza. Suasana di tempat kejadian menjadi kecoh. Selepas menyelesaikan tugasnya, Saga terus mencapai anaknya Ady, lalu melarikan diri bersama Jack. Namun, beberapa orang pengawal peribadi Dato bertindak mengejar Saga.

Di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kelihatan dua buah kereta sedang bersaing (adegan kejar-mengejar), sehingga akhirnya beberapa buah kereta milik orang awan terlibat dalam kemalangan. Pun begitu, dengan kehebatan Saga dan Jack, mereka akhirnya berjaya melepaskan diri .

Han merupakan seorang Ketua kongsi gelap yang memiliki sebuah kelab malam. Beliau yang juga menjalankan banyak kegiatan jenayah telah menawarkan suatu tugasan baru kepada Saga. Namun, pelawaannya itu telah ditolak oleh Saga. Ini membuatkan Han sangat marah, dan memikirkan cara-cara untuk membalas dendam terhadap Saga.

Nizam (Ady Putera) yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang pernah berkhidmat di Johor, telah ditukarkan ke Bukit Aman untuk menyiasat kes Saga. Dalam pada itu, kehadiran Nizam telah melumpuhkan banyak akitiviti haram milik ketua Saga dan Jack. Tindakan pihak polis yang menyerbu zon hitam adalah untuk menjejaki Saga yang dipercayai polis, merupakan suspek utama dalam beberapa siri kes pembunuhan yang berlaku di sekitar ibukota. Tindakan agresif Nizam benar benar mengancam Saga.

Anak Saga, Ady, belajar di sebuah tadika. Ady sangat mesra dengan seorang guru tadika yang bernama Zira. Dalam diam, Zira sebenarnya turut turut menaruh hati terhadap Saga. Ady yang begitu senang dengan kehadiran Zira cuba merapatkan hubungan Zira dengan ayahnya lalu mengajak mereka berdua keluar makan bersama . Ketika mereka keluar dari restoran, Saga telah dapat menghidu perbuatan khianat Fai, iaitu orang kanan Han. Fai telah cuba mengekori dan menjejaki Saga dengan niat untuk membunuhnya. Demi keselamatan anaknya, Saga bertindak cuba menjauhkan diri daripada perhatian Fai. Malangnya, ketika Saga dan Ady melintasi sebatang jalan raya, mereka berdua hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang bernama Salina (Rita Rudaini). Wanita itu pula merupakan isteri kepada Nizam. Sewaktu mata Salina terpandang ke arah Saga dan Ady, beliau tergamam seketika. Seperti ada tersimpan suatu rahsia di sebaliknya. Apakah yang akan berlaku seturus terhadap Saga , Salina , Ady , Nizam dan Jack ?
Lakonan: Rosyam Nor, Rita Rudaini, Ady Putra dan Jack Lim. 
Akan Datang 2013

Monday, July 9, 2012

Mana Hilangnya Juwita?


Bermula pada malam ni di Astro Ria mengisahkan kisah penculikan dan penyiasatan. Promo di tv nampak macam best aje sebab ada ramai pelakon hebat seperti Erra Fazira, Umie Aida. Umie Aida nampak macam seorang pegawai penyiasat wanita yang bergaya dan cantik.. teringat dengan pelakon Gillian Anderson tu.  Pelakon lain seperti  Lisa Surihani, Zahiril Adzim, Raja Ilya, Syazwan Zulkifli, Diana Johor dan ramai lagi.


Sinopsis Mana Hilangnya Juwita

Kisah bermula apabila Anggun (lakonan Lisa Surihani ) gadis kampung berasal dari Johor datang ke Kuala Lumpur untuk mencari adiknya Juwita yang hilang. Anggun terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan rintangan Anggun terpaksa pergi ke rumah pelacuran dan berhadapan dengan kehidupan yg penuh dgn masalah sosial dan kisah gelap penuh glamour tetapi mengundang bahaya.
Akhirnya dia bertemu dengan bekas kekasihnya Haider. Anggun meminta pertolongan pihak polis dan Haider untuk mencari adiknya.

Drama ini ada 15 episod dan sudah 4 episod disiapkan nantikan lebih banyak episod untuk sepanjang bulan puasa ni. Tayangan setiap isnin jam 10 malam.

 

Yuna Dalam Filem John Travolta


YUNA sekali lagi mengharumkan nama negara, apabila lagu covernya, Here Comes The Sun, nyanyian asal kumpulan legenda, The Beatles, menjadi pilihan produksi antarabangsa sebagai lagu tema untuk filem terbaru lakonan John Travolta yang berjudul Savages, arahan Oliver Stone.

Kehebatan Yuna sebagai penyanyi harus menjadi contoh kepada semua artis di negara ini. Buktikan bakat dan kemampuan, bukannya kontroversi semata-mata!

Monday, July 2, 2012