Ads

Ads

Saturday, April 9, 2011

PETUA (BHGN.4)

SEMBELIT

Kepada ibu-ibu yang mengalami kesukaran membuang air besar atau sembelit, makanlah sayur sawi yang ditumis dengan sedikit minyak masak dan sedikit air. Amalkan setiap hari.


KEMPISKAN PERUT

Bagi ibu-ibu yang sering dihantui masalah perut buncit, cubalah petua ini. Ambil sebiji peria bersaiz sederhana, potong kecil-kecil dan dikisar bersama sedikit air dan gula. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan. Untuk rasa lebih enak, anda bolehlah sejukkannya.


CEGAH KEMBUNG

Ambil seketul halia bersaiz sederhana besar, bersihkan dan ditumbuk sedikit. Kemudian, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih pada anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas tersebut dengan piring selama 10 minit. Selepas itu, tapis dan jadikan
dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.



TURUNKAN BERAT BADAN

Turunkan berat badan anda dengan limau nipis. Caranya ialah dengan mencampurkan jus dua biji limau nipis dengan segelas air kosong dan masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan minuman rasmi setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam. Amalkan selama sebulan. Untuk lebih berkesan, jangan lupa bersenam.


MELAWASKAN KENCING

Jika anda ada masalah ketika membuang air kecil, cubalah petua ini. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum airnya dua kali sehari.


KURANGKAN DENGKUR

Bagi anda yang ada masalah tidur berdengkur, ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.


SEGARKAN MATA

Jika mata anda letih, ambil sebiji timun dan hiris nipis. Kemudian, pejamkan mata dan lekapkan dengan timun tersebut. Biarkan untuk beberapa minit. Mata anda pasti akan rasa segar selepas itu.


KESUM KELAPA ATASI KEPUTIHAN

Rebus daun dan bunga pokok kesum kelapa, kemudian jadikan ulam. Air rebusannya pun boleh diminum. Tetapi ia lebih berkesan kalau dimakan mentah. Keputihan anda akan hilang.


ATAS URAT BETIS TIMBUL

Rebus segenggam kacang hijau (pastikan jangan sampai hancur). Biar mendidik sehingga air rebusan tinggal segelas. Sejukkan dan makan setiap pagi dan sebelum tidur.
Sebelum tidur angkat kaki sehingga yang bolah dengan alas bantal selama 10 minit.


ELAKKAN LIPAS

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan pada tempat yang digemari lipas seperti di dalam almari pakaian dan kabinet dapur. Sentiasalah gantikan daun pandan yang sudah layu dengan daun-daun baru agar lipas tidak lagi mengganggu.


MENGHILANGKAN KEDUT PERUT

Kedut-kedut di perut selepas bersalin memang memerlukan penjagaan rapi. Jika tidak dijaga dari awal, kedut tersebut sukar untuk dihilangkan. Caranya ambil satu sudu kapur suruh dan campurkan dengan segelas minyak kepala hijau serta pati sebiji limau nipis. Kemudian, sapu pada perut dan seterusnya pakai barut. Lakukan selama dua minggu. Hasilnya amat memuaskan.


MINUMAN TENAGA

Minum milo panas dicampur dengan sebiji telur mentah. Minuman ini berkhasiat dan dapat membekalkan tenaga untuk anda bertahan di bilik bersalin.

No comments:

Post a Comment