Ads

Ads

Wednesday, April 6, 2016

20 Tahun Dato' Siti Nurhaliza Dalam Industri Muzik



Dato' Siti Nurhaliza memulakan karier sebagai artis bermula pada tahun 1996. Beliau disunting oleh syarikat rakaman Suria Records selepas memenangi pertandingan Bintang HMI ( RTM) pada tahun 1995 dan sehingga kini sudah 20 tahun berada di dalam industri muzik. 

Beliau diuruskan oleh syarikatnya sendiri, Siti Nurhaliza Productions dan menimba banyak pengalaman sebagai anak seni. Sehingga kini, beliau sudah merakamkan hampir 30 buah album dalam bentuk album solo, duet, raya, konsert dan juga kompilasi album. Saban tahun, beliau mengecapi pelbagai kejayaan dan telah mengumpul lebih 250 anugerah dari dalam dan luar negara serta berjaya mencatatkan nama beliau sebagai artis yang paling banyak menerima anugerah di dalam Malaysia Book Of Records. 

Selain bergelar penyanyi, beliau juga berkebolehan menulis lagu dan juga lirik serta menjadi usahawan dalam bidang pengurusan artis, produksi, kecantikan dan juga pakaian. Di antara kejayaan selain mengadakan lebih 20 konsert di dalam dan di luar negara, nama beliau juga telah tercatat di dalam Malaysia Book Of Records sekali lagi sebagai penyanyi pertama yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London. 

Selama 20 tahun dalam bidang seni, beliau telah mengumpul para peminat di dalam dan di luar negara yang bersatu atas nama Sitizoner. Dato' Siti Nurhaliza merupakan ikon seni negara yang berjaya mencipta nama bukan sekadar memiliki bakat luar biasa namun sifat dan keperibadian beliau yang menyenangkan ramai pihak. 

Beliau juga telah menaikkan nama negara dalam beberapa pertandingan nyanyian di luar negara dan beroleh gelaran juara. Bakat dan kerja keras beliau dalam bidang seni membuatkan nama beliau masih terus bertahan dalam arena seni hiburan tanahair.





Kredit to Media Hiburan & Rozisangdewi.

No comments:

Post a Comment