Ads

Ads

Thursday, December 15, 2011

Filem Chantek

Sinopsis Chantek
AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan dengan dijaga oleh CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia den...gan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. 
Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan kini mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila CHANTEK terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, CHANTEK terasa diperbodohkan oleh AD yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas telah melarikan diri. Selama sebulan AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Akhirnya AD terjumpa CHANTEK namun masihkah CHANTEK sudi menerima semula cinta AD? 
Saksikan sebuah filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!
Trailer 
http://youtu.be/1UfzI8a4flM

No comments:

Post a Comment