Ads

Ads

Wednesday, December 21, 2011

Konsert Ambang Tahun Baru KLfm - Putrajaya 2012

 
 
Menjelang tahun baru 2012, Radio Malaysia KLfm dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya buat julung kalinya bakal menganjurkan Konsert Ambang Tahun Baru KLfm - Putrajaya 2012. Konsert akan berlangsung di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya pada 31 Disember 2012 bermula jam 8.30 malam. 
 
Menghimpunkan barisan artis tersohor tanahair seperti Jinbara, Kristal, Farawahida, Forteen, Aurora Salwa, Izwan Pilus dan ramai lagi, konsert ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan buat pendengar setia yang telah 38 tahun memberikan sokongan kepada stesen ini. Tidak ketinggalan penampilan istimewa penyampai-penyampai KLfm. Dengarkan secara langsung di Radio Malaysia KLfm 97.2 bermula jam 10.00 malam dan di www.rtm.gov.my.

No comments:

Post a Comment