Ads

Ads

Friday, March 16, 2012

Sitkom Annisa di TV Alhijrah


Mulai 18 Mac ini, penonton TV AlHijrah akan dihidangkan dengan sitkom terbaru berjudul Annisa’. Sitkom 13 episod yang akan ke udara setiap Ahad ini mengisahkan kehidupan empat orang muslimah moden yang bijak, berdikari, dan bersifat lucu. Mereka berempat berkongsi satu minat yang sama iaitu mereka sangat gemarkan Cafe Latte di Annisa’ Cafe.

Setiap malam mereka akan berkumpul di ANNISA’ Cafe selama 30 minit hanya untuk berbual dan berkongsi cerita tentang hal yang berlaku dalam kehidupan harian mereka sambil menikmati cafe latte kegemaran mereka.

Annisa’ merupakan siri sitkom terbaru terbitan Primeworks Studio untuk TV AlHijrah memaparkan isu-isu semasa yang releven dengan kehidupan masyarakat dan diselitkan nilai-nilai moral dalam bentuk ‘infotainment’.

Barisan pelakon hebat yang menjayakan sitkom Annisa’ terdiri daripada  Raja Farah sebagai Tria, Sariyanti sebagai Nita, Diana Amir sebagai Audy, dan Bienda sebagai Lili.

Kepada peminat setia TV ALhijrah, jangan lupa menyaksikan Annisa' yang akan disiarkan pada setiap Ahad, pada jam 8.30 malam. Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment