Ads

Ads

Thursday, July 12, 2012

Ady Putra Bergandingan Dengan Rita Rudaini Dalam Balistik

Seorang pembunuh yang dikenali sebagai Saga (Rosyam Nor) berada di atas bumbung sebuah bangunan, sedang memerhatikan gerak-geri Dato Hamza. Sambil itu, dia sedang memegang sepucuk senjata berupa snipper yang turut disasarkan pada Dato Hamza.
Sementara Saga sendiri, sedang diacukan sepucuk pistol di bahagian kepalanya, oleh Jack (Jack Lim). Sebetulnya Jack juga merupakan rakan kongsi kepada Saga.... Jack sebenarnya telah menerima arahan daripada ketuanya untuk memerhatikan perlakuan Saga selaku pembunuh upahan untuk misi tersebut.

Saga akhirnya berjaya menembak Dato Hamza. Suasana di tempat kejadian menjadi kecoh. Selepas menyelesaikan tugasnya, Saga terus mencapai anaknya Ady, lalu melarikan diri bersama Jack. Namun, beberapa orang pengawal peribadi Dato bertindak mengejar Saga.

Di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kelihatan dua buah kereta sedang bersaing (adegan kejar-mengejar), sehingga akhirnya beberapa buah kereta milik orang awan terlibat dalam kemalangan. Pun begitu, dengan kehebatan Saga dan Jack, mereka akhirnya berjaya melepaskan diri .

Han merupakan seorang Ketua kongsi gelap yang memiliki sebuah kelab malam. Beliau yang juga menjalankan banyak kegiatan jenayah telah menawarkan suatu tugasan baru kepada Saga. Namun, pelawaannya itu telah ditolak oleh Saga. Ini membuatkan Han sangat marah, dan memikirkan cara-cara untuk membalas dendam terhadap Saga.

Nizam (Ady Putera) yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang pernah berkhidmat di Johor, telah ditukarkan ke Bukit Aman untuk menyiasat kes Saga. Dalam pada itu, kehadiran Nizam telah melumpuhkan banyak akitiviti haram milik ketua Saga dan Jack. Tindakan pihak polis yang menyerbu zon hitam adalah untuk menjejaki Saga yang dipercayai polis, merupakan suspek utama dalam beberapa siri kes pembunuhan yang berlaku di sekitar ibukota. Tindakan agresif Nizam benar benar mengancam Saga.

Anak Saga, Ady, belajar di sebuah tadika. Ady sangat mesra dengan seorang guru tadika yang bernama Zira. Dalam diam, Zira sebenarnya turut turut menaruh hati terhadap Saga. Ady yang begitu senang dengan kehadiran Zira cuba merapatkan hubungan Zira dengan ayahnya lalu mengajak mereka berdua keluar makan bersama . Ketika mereka keluar dari restoran, Saga telah dapat menghidu perbuatan khianat Fai, iaitu orang kanan Han. Fai telah cuba mengekori dan menjejaki Saga dengan niat untuk membunuhnya. Demi keselamatan anaknya, Saga bertindak cuba menjauhkan diri daripada perhatian Fai. Malangnya, ketika Saga dan Ady melintasi sebatang jalan raya, mereka berdua hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang bernama Salina (Rita Rudaini). Wanita itu pula merupakan isteri kepada Nizam. Sewaktu mata Salina terpandang ke arah Saga dan Ady, beliau tergamam seketika. Seperti ada tersimpan suatu rahsia di sebaliknya. Apakah yang akan berlaku seturus terhadap Saga , Salina , Ady , Nizam dan Jack ?
Lakonan: Rosyam Nor, Rita Rudaini, Ady Putra dan Jack Lim. 
Akan Datang 2013

No comments:

Post a Comment